Wednesday, October 29, 2008

Cara nak buat OD/ASB

Macamana cara nak buat OD/ASB?

1. Mesti ada simpanan dalam ASB bersama dengan buku sekali
2. Bawak buku ASB,pergi ke PNB atau cawangan PNB (bukan Maybank, RHB, CIMB - ni PNB punya agen)
3. Cakap kat kaunter nak tukar dari buku ke sijil
4. Bila dah tukar kpd sijil, bawak sijil tu ke bank spt RHB, Maybank atau CIMB
5. Cakap kat officer bank tu nak buat OD cagar ASB bukan buat Loan ASB.Kengkadang ada officer yg tak tau pasal OD ASB nie..sebab jarang buat.Jadi berhati-hati.Buat masa ini RHB menawarkan kadar interest BLR+0 ; Maybank = BLR+0 dan CIMB = BLR-1
6. Biasanya kelulusan ambil masa 3hari hingga 2 minggu bergantung kepada bank masing2.
7. Selepas dapat kelulusan anda akan dipanggil untuk sign offer letter.
8. Lepas dapat offer letter kena tunggu lagi beberapa hari untuk bank disburse duit dalam current account yg akan dibuka baru khas untuk OD.
9. Kalau anda dah ada akaun saving dan kad atm boleh lah suruh bank linkkan dengan akaun OD nanti senang nak kuar duit guna ATM jer.
10. Skrang bila dah ready korang boleh la guna OD ikut perancangan yg korang dah buat.

No comments: