Wednesday, October 29, 2008

Cara nak buat OD/ASB

Macamana cara nak buat OD/ASB?

1. Mesti ada simpanan dalam ASB bersama dengan buku sekali
2. Bawak buku ASB,pergi ke PNB atau cawangan PNB (bukan Maybank, RHB, CIMB - ni PNB punya agen)
3. Cakap kat kaunter nak tukar dari buku ke sijil
4. Bila dah tukar kpd sijil, bawak sijil tu ke bank spt RHB, Maybank atau CIMB
5. Cakap kat officer bank tu nak buat OD cagar ASB bukan buat Loan ASB.Kengkadang ada officer yg tak tau pasal OD ASB nie..sebab jarang buat.Jadi berhati-hati.Buat masa ini RHB menawarkan kadar interest BLR+0 ; Maybank = BLR+0 dan CIMB = BLR-1
6. Biasanya kelulusan ambil masa 3hari hingga 2 minggu bergantung kepada bank masing2.
7. Selepas dapat kelulusan anda akan dipanggil untuk sign offer letter.
8. Lepas dapat offer letter kena tunggu lagi beberapa hari untuk bank disburse duit dalam current account yg akan dibuka baru khas untuk OD.
9. Kalau anda dah ada akaun saving dan kad atm boleh lah suruh bank linkkan dengan akaun OD nanti senang nak kuar duit guna ATM jer.
10. Skrang bila dah ready korang boleh la guna OD ikut perancangan yg korang dah buat.

Teknik OD untuk selesai atau kurang beban hutang credit card

Disini nak cerita sedikit pasal OD/ASB dan saya rasa ramai yg tau pasal OD/ASB.Kalau anda belum tau baik ambik tau bagaimana cara penggunaan OD dapat membantu dalam merancang kewangan anda.

Kalau anda mempunyai banyak hutang card credit, sekiranya anda bijak dan berdisplin anda boleh menggunakan kemudahan OD ini untuk menyelesaikan card credit anda.Sebab apa? Kalau anda guna card credit tiap2 bulan interest adalah 1.5% dan selagi ada outstanding selagi tu la interest akan dikenakan kepada amount outstanding tuh.Lagi bertambah la beban hutang kad kredit anda.Berbanding dengan guna OD yg hanya interest lebih murah dan penjimatan dari perbezaan interest card credit dan OD, anda boleh guna untuk buat simpanan.

Tuesday, October 28, 2008

Overdraft vs Credit Card

Apakah beza overdraft berbanding dengan credit card?

Kesamaan overdraft dan credit card adalah kredit limit.Dan anda boleh menggunakan kemudahan kredit ini bila-bila masa.

Tetapi interest card credit adalah lebih mahal dari interest overdraft.

Kebiasaannya interest card credit adalah 18% manakala overdraft adalah jauh lebih rendah bergantung kepada apa yg disandarkan.Kalau dengan ASB kadar interest adalah BLR-0 atau BLR-1 bergantung kepada bank.

Jadi sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit yg banyak cari untuk mengurangkan beban interest adalah dengan mendapatkan kemudahan overdraft untuk membuat settlement kad kredit anda.

Apa itu overdraft?

Overdraft dalam definasi yg mudah adalah kemudahan kredit yg diberikan oleh pihak bank kepada anda dengan memberikan satu had kredit bagi membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa sahaja.Dalam kata lain overdraft adalah OD.

Kebiasaanya OD perlu disandarkan dengan asset sebagai sandaran kepada pihak bank sekiranya kegagalan anda dalam menyelesaikan semula kemudahan kredit yg telah diberikan oleh pihak bank.

Sandaran yg biasa digunakan adalah keatas hartanah,fixed deposit dan juga unit amanah bagi sesetengah bank.

Kenapa Overdraft?
Kebiasaanya overdraft digunakan dikalangan perniaga sebagai modal pusingan bagi membolehkan peniaga menggunakan wang tersebut bila-bila masa dan kemudian memasukan semula duit yg diperolehi dari perniagaan kedalam akaun OD tersebut.

Caj yg dikenakan atau interest penggunaan overdraft di Malaysia ini adalah murah berbanding dengan interest keatas personal loan.Kemudian kiraanya adalah berdasarkan harian.Ini bermakna kenaan interest terhadap sejumlah wang yg dikeluarkan dari OD adalah mengikut kadar harian.

Sebagai contoh :

Kadar interest OD : 6.75% setahun

Pada 1/1/2008 - anda mengeluarkan RM1,000 dari OD
Pada 5/1/2008 - setelah mendapat pulangan dari peniagaan anda memasukan semula duit RM1,000 kepada akaun OD.

Jadi jumlah interest yg dikenakan kepada akaun OD anda adalah :

(5/365)x 6.75% x RM1,000 = 0.13 sen

Interest yg dikenakan bagi pengeluaran wang sebanyak RM1,000 hanyalah 0.13 sen sahaja untuk 5 hari.

Satu lagi kelebihan Overdraft anda hanya dikenakan keatas jumlah wang dikeluarkan sahaja bukan jumlah OD yg diluluskan oleh bank.

Sebagai contoh :

Bank memberikan kemudahan OD sebanyak RM50,000.Jadi kadar interest harian adalah berdasarkan banyak mana pengeluaran sahaja contoh anda keluarkan RM1,000 seperti diatas.Jadi akan dikenakan interest keatas RM1,000 sahaja bukan RM50,000.

Berbeza dangan pinjaman persendirian , sekiranya anda meminjam RM50,000 selama 10 tahun.Interest dikenakan keatas jumlah pinjaman yg diberi dan anda wajib membuat pembayaran setiap bulan sehingga tepoh 10 tahun.