Overdraft dalam definasi yg mudah adalah kemudahan kredit yg diberikan oleh pihak bank kepada anda dengan memberikan satu had kredit bagi membolehkan anda mengeluarkan wang tersebut bila-bila masa sahaja.Dalam kata lain overdraft adalah OD.
Kebiasaanya OD perlu disandarkan dengan asset sebagai sandaran kepada pihak bank sekiranya kegagalan anda dalam menyelesaikan semula kemudahan kredit yg telah diberikan oleh pihak bank.
Sandaran yg biasa digunakan adalah keatas hartanah,fixed deposit dan juga unit amanah bagi sesetengah bank.
Kenapa Overdraft?
Kebiasaanya overdraft digunakan dikalangan perniaga sebagai modal pusingan bagi membolehkan peniaga menggunakan wang tersebut bila-bila masa dan kemudian memasukan semula duit yg diperolehi dari perniagaan kedalam akaun OD tersebut.
Caj yg dikenakan atau interest penggunaan overdraft di Malaysia ini adalah murah berbanding dengan interest keatas personal loan.Kemudian kiraanya adalah berdasarkan harian.Ini bermakna kenaan interest terhadap sejumlah wang yg dikeluarkan dari OD adalah mengikut kadar harian.
Sebagai contoh :
Kadar interest OD : 6.75% setahun
Pada 1/1/2008 - anda mengeluarkan RM1,000 dari OD
Pada 5/1/2008 - setelah mendapat pulangan dari peniagaan anda memasukan semula duit RM1,000 kepada akaun OD.
Jadi jumlah interest yg dikenakan kepada akaun OD anda adalah :
(5/365)x 6.75% x RM1,000 = 0.13 sen
Interest yg dikenakan bagi pengeluaran wang sebanyak RM1,000 hanyalah 0.13 sen sahaja untuk 5 hari.
Satu lagi kelebihan Overdraft anda hanya dikenakan keatas jumlah wang dikeluarkan sahaja bukan jumlah OD yg diluluskan oleh bank.
Sebagai contoh :
Bank memberikan kemudahan OD sebanyak RM50,000.Jadi kadar interest harian adalah berdasarkan banyak mana pengeluaran sahaja contoh anda keluarkan RM1,000 seperti diatas.Jadi akan dikenakan interest keatas RM1,000 sahaja bukan RM50,000.
Berbeza dangan pinjaman persendirian , sekiranya anda meminjam RM50,000 selama 10 tahun.Interest dikenakan keatas jumlah pinjaman yg diberi dan anda wajib membuat pembayaran setiap bulan sehingga tepoh 10 tahun.
Tuesday, October 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment